Tuesday, 28 April 2015

Perbezaan Rematik dan Asam Urat

Perbezaan Rematik dan Asam Urat

Kebanyakan orang menyangka bahawa penyakit sendi itu sama dengan asam urat. Padahal yang benar adalah asam urat merupakan salah satu jenis penyakit sendi, namun penyakit sendi belum tentu asam urat. Masih keliru?
Prof Dr Handono Kalim, MD, menjelaskan bahawa asam urat itu sebahagian daripada penyakit sendi, tapi orang yang sakit sendi belum tentu akibat asam urat. "Sama seperti demam dengan malaria, orang malaria pasti demam tapi demam bukan bermakna malaria," katanya.
Memang, gejala dan rasa sakit yang ditimbulkan oleh penyakit sendi dan asam urat itu hampir sama. Pesakit asam urat biasanya akan merasakan rasa sakit atau kesakitan sama seperti penyakit sendi. Namun, sebenarnya kedua-dua penyakit itu berbeza. Apa yang membezakan?

Berikut perbezaan penyakit sendi dengan asam urat:

1. Faktor penyebab

- Dianggarkan ada lebih dari 90 penyebab penyakit rematik. Di antaranya adalah, penumpukan asam urat dalam tubuh, pengapuran sendi, jangkitan, autoimun, dll.
- Sedangkan asam urat hanya disebabkan oleh 1 penyebab saja, yakni kerana kadar asam urat dalam tubuh berlebih.

2. Daerah yang diserang

- Rematik boleh menyerang bahu, pinggang, sendi, atau leher. Jika sudah terkena penyakit sendi, si pesakit akan merasakan kesakitan di bahagian tubuh yang terkena penyakit sendi tersebut.
- Asam urat menimbulkan rasa sakit yang sangat khusus, yaitu hanya pada sendi-sendi. Di mana yang paling kerap diserang asam urat adalah pada bahagian kaki.

3. Kesimpulan

Salah satu jenis penyakit sendi itu adalah asam urat. Jadi, asam urat boleh dibilang penyakit sendi, tapi penyakit sendi belum tentu asam urat. Intinya! Kata sendi itu lebih umum, sedangkan asam urat itu hanya khusus digunakan untuk rasa sakit akibat penumpukan kadar asam urat, bukan kerana faktor lain.
Untuk mengetahui sama ada rasa sakit itu akibat asam urat atau bukan, anda perlu melakukan pemeriksaan makmal dulu. Kerana kadar asam urat itu hanya boleh diukur melalui pemeriksaan di makmal yang sudah tersedia di rumah sakit.
Bagi anda pesakit asam urat, disyorkan untuk mengelakkan makanan yang mengandung kadar purin tinggi, seperti melinjo serta organ haiwan. Hal ini kerana asam urat merupakan hasil dari proses metabolisme zat purin yang berasal dari makanan.

Semoga bermanfaat!


No comments:

Post a Comment

Blog Archive